Bursa Malaysia dijangka capai 1,700 sebelum akhir tahun - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dijangka capai 1,700 sebelum akhir tahun

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus mengukuh dan akan mencapai 1,700 mata sebelum akhir tahun ini berikutan ekonomi negara yang semakin baik dan prestasi syarikat di Malaysia yang kuhuh, kata penganalisis.

Pada pukul 9 pagi semalam, Indeks FBM KLCI dibuka kukuh kepada 1,639.16 mata berbanding 1,638.96 mata ketika ditutup pada Isnin.

Indeks kemudian ditutup tinggi pada 1,652.29, naik 13.33 mata.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, pengukuhan berterusan pasaran saham tempatan ketika ini adalah sejajar dengan unjuran ekonomi Malaysia akan memuncak pada 2026.

“Kita sepatutnya sudah mencapai paras 1,700 pada awal tahun lalu tetapi tergendala kerana Amerika Syarikat (AS) tidak mengikut arus dan tidak menurunkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) ketika itu.

“Selepas ini, pasaran saham tempatan dijangka akan memuncak sehingga 1,800 mata pada 2025 dan kemudian pertumbuhan akan diikuti oleh sektor hartanah. Pusingan ekonomi Malaysia dijangka akan memuncak pada 2026,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Barjoyai berkata, memandangkan Bursa Malaysia telah melepasi paras psikologi 1,650 mata, pasaran saham tempatan dijangka akan mencapai 1,670 mata dalam masa satu hingga dua minggu akan datang.

“Prestasi baik Bursa Malaysia adalah disebabkan oleh New York Stock Exchange yang meningkat ketika ini yang seterusnya mendorong pengukuhan bursa saham yang lain.

“Bagaimanapun, terdapat juga aspek negatif apabila ringgit mengukuh kerana memberi kesan kepada pendapatan syarikat yang terlibat dalam eksport,” ujarnya.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn. Bhd. dalam nota penyelidikannya berkata, dagangan di bursa tempatan kekal hambar walaupun FBM KLCI ditutup positif pada hampir paras 1,640 kelmarin.

“Pembelian saham mewah berterusan dengan aliran masuk dana asing, mungkin memanfaatkan kenaikan nilai ringgit yang telah meningkat kepada hampir paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada RM4.35 berbanding dolar AS,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya