Bursa Malaysia didagangkan secara berhati-hati - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia didagangkan secara berhati-hati

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur mengambil pendekatan berhati-hati dalam dagangan Bursa Malaysia berikutan jualan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang kurang menggalakkan sebanyak AS$42 bilion, menunjukkan keyakinan tidak memberangsangkan terhadap keadaan ekonomi AS.

Pada 11.30 pagi hari ini, FBM-KLCI berada pada 1,592.05 naik 0.18 mata selepas dibuka rendah 5.91 mata kepada 1,585.96 di awal dagangan.

Terdapat 360 kaunter untung, 576 kaunter rugi dan 428 kaunter diniagakan tidak berubah di Bursa Malaysia.

Jumlah dagangan berada pada 2.290 bilion saham bernilai RM1.177 bilion.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 58.48 mata, atau 0.17 peratus kepada 35,148.10 ketika berita ini ditulis.

Indeks Kospi Korea Selatan susut 4.71 mata atau 0.17 peratus kepada 2,564.31 dan Indeks STI Singapura mengukuh 0.24 peratus atau 7.69 mata kepada 3,257.41, manakala Indeks Komposit BEI Indonesia turun 0.25 peratus kepada 7,194.31. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya