Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.88 mata kepada 1643.66 mata seperti 1641.66 pada Khamis pada pukul 9.05 pagi.

Indeks dibuka tinggi kepada 1643.33 mata.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 116 berbanding 184, dengan 224 kaunter tidak berubah dan sebanyak 1,984 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 112.506 juta unit bernilai RM65. 862 juta.

Dalam pada itu, mengulas pasaran di Amerika Syarikat (AS), Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham di sana pula ditutup rendah berikutan data sentiment perniagaan indeks pengurus pembelian (PMI) AS yang kekal stabil sekitar 54.1 mata bagi Ogos.

“Angka ini dilihat mengurangkan kebimbangan terhadap jangkaan kemelesetan ekonomi AS.

“Situasi seperti ini juga dilihat akan mengurangkan keperluan bagi pihak Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk mengurangkan kadar faedah mereka secara agresif berikutan pertumbuhan ekonominya yang dilihat stabil.

“Selain itu, pasaran juga akan terus memantau keputusan kewangan dikalangan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia bagi melihat sama ada momentum pertumbuhan keuntungan masih lagi dalam keadaan yang selesa,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya