PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, didorong oleh data ekonomi Amerika syarikat yang menunjukkan kadar inflasi terus merosot dijangka akan membantu dalam meningkatkan sentimen positif FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) hari ini, kata penganalisis.
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.99 mata kepada 1611.51 daripada 1,598.83 pada Selasa.
Indeks dibuka tinggi mata kepada 1611.79.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 341 berbanding 54, dengan 198 kaunter tidak berubah, 11,875 tidak diniagakan.
Jumlah dagangan sebanyak 99.377 bilion unit bernilai RM53.227 bilion.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata,
Indeks Harga Pengeluar (PPI) merosot ke paras 2.2 peratus pada bulan Julai berbanding jangkaan 2.3 peratus.
“Oleh itu, pihak Rizab Persekutuan (Fed) AS dilihat dalam landasannya untuk menurunkan kadar faedah pada September nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN