Bursa Malaysia dibuka tinggi, kembali ke paras 1,600 - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi, kembali ke paras 1,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, kembali ke paras 1,600 menjejaki peningkatan semalaman Wall Street susulan pengumuman data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik apabila mengatasi jangkaan awal.

Pada 9.55 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.21 mata atau 0.64 peratus kepada 1,600.59 daripada 1590.38 ketika ditutup semalam.

Indeks dibuka tinggi di awal dagangan sebanyak 10.78 mata kepada 1,601.16.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 664 berbanding 88 dengan 201 kaunter tidak berubah, 1,489 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 479.691 juta unit bernilai RM256.288 juta.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 552.10 mata, atau 1.42 peratus, kepada 35,373.88 ketika berita ini ditulis.

Begitu juga Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.32 peratus atau 34.14 mata kepada 2,590.45 dan Indeks STI Singapura mengukuh 0.37 peratus atau 12.11 mata kepada 3,61.83. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN