Bursa Malaysia dibuka tinggi, dijangka teruskan momentum positif - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi, dijangka teruskan momentum positif

BURSA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka akan meneruskan momentum positif berikutan isyarat jelas daripada pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu yang mana pendirian dasar monetari akan berubah dalam jangka masa terdekat ini, kata penganalisis.

pada pukul 9.05 pagi, Bursa Malaysia naik 7.81 mata kepada 1643.55, berbanding 1,634.54 pada penutup Jumaat.

Indeks dibuka tinggi pada 1639.82 mata.

Jumlah dagangan sebanyak 142.403 juta unit bernilai RM92.070 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 303 berbanding 109 dengan 244 kaunter tidak berubah, 1,870 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, peserta pasaran melihat perkara ini sebagai tanda bahawa pihak Fed akan menurunkan kadar faedah pada September ini.

“Persoalannya adalah lebih kepada saiz pemotongan dan apakah paras terendab yang mungkin dicapai bagi Fed Fund Rate ini.

“Berdasarkan kontrak niaga hadapan kadar faedah, pasaran seolah-olah menjangkakan pemotongan kadar faedah di AS sehingga 100 mata asas sehingga akhir tahun ini dan 100 mata asas lagi pada tahun hadapan, yang akan membawa kadar faedah ke paras 3.50 peratus pada akhir tahun 2025.

“Justeru, ia merupakan suatu sentimen positif kepada pasaran ekuiti kerana pengurangan kadar faedah akan mengurangkan kos pembiayaan kepada syarikat yang disenaraikan,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN