Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

BURSA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa malaysia menamatkan prestasi pembukaan tinggi tiga hari berturut-turut apabila dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.86 mata kepada 1,668.38, daripada 1,675.24 penutup Rabu.

Indeks itu memulakan dagangan 2.29 mata lebih rendah pada 1,672.95.

Jumlah dagangan sebanyak 98.047 juta unit bernilai RM58.743 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 105 berbanding 209 dengan 231 kaunter tidak berubah, 1,973 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran Wall Street dilihat merosot berikutan jangkaan hasil bagi syarikat NVDIA, sebuah syarikat perisian bagi kecerdasan buatan (AI) tidak menepati jangkaan dikalangan para penganalisis ekuiti.

“NVDIA menjangkakan hasil bagi suku ketiga bakal mencecah AS$32.5 billion (kira-kira RM140.9 billion), manakala jangkaan yang dibuat dikalangan para penganalisis ada yang mencecah sehingga AS$37.9 billion (kira-kira RM164.3 billion),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Justeru, beliau berkata, aktiviti pengambilan untung di Bursa Malaysia berkemungkinan boleh berlaku, berikutan kenaikan drastik indeks FBMKLCI sebanyak 23 mata semalam memungkin para pedagang untuk mengambil untung.

“Meskipun tren kenaikan dalam indeks FBMKLCI masih lagi jelas berikutan kemasukan dana pelabur asing di dalam Bursa Malaysia pada bulan ini.

“Ini berikutan data menunjukkan bahawa pelabur asing rata-rata mencatatkan belian yang berjumlah sebanyak RM1.2 billlion dari 1 Ogos 2024 sehingga 27 Ogos 2024.

“Mengikut data terbaharu, belian bersih pelabur asing dalam Bursa Malaysia adalah sebanyak RM646.8 juta pada semalam berbanding RM163.4 juta pada hari sebelumnya.

“Semakan penilaian oleh beberapa bank pelaburan utama dunia dilihat memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan,” katanya.

Tambahnya, bank pelaburan Nomura juga telah menaikkan penarafan Malaysia daripada “neutral” kepada “wajaran tinggi” pada 25 Ogos lalu.

“Oleh itu, sokongan daripada pelabur asing dijangka akan terus melonjakkan paras FBMKLCI sehingga akhir tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN