Bursa Malaysia akhiri minggu sukar pada paras tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia akhiri minggu sukar pada paras tinggi

PELABUR asing terus menjual ekuiti tempatan di Bursa Malaysia pada minggu lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.10 bilion.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri minggu yang sukar dengan paras tinggi menghampiri 1,600 mata selepas kejatuhan besar-besaran pasaran saham dunia yang turut menyaksikan FBM KLCI menyusut 74.57 mata, Isnin lalu.

Indeks petunjuk utama menokok 5.67 mata atau 0.36 peratus kepada 1,596.05 daripada 1,590.38 ketika ditutup pada Khamis.

FBM KLCI kembali melepasi paras 1,600 pada awal dagangan, bergerak antara 1,596.97 dan 1,604.06 pada sesi dagangan pagi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, bagaimanapun, pasaran saham tempatan masih didagangkan dalam mod berhati-hati atau pada tahap ketidakpastian sehingga tiba hari mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) pada September nanti.

“Walaupun selepas kejatuhan saham pada Isnin pasaran kelihatan makin pulih, namun bergerak ke hadapan ia masih dalam keadaan mod berhati-hati, terutamanya menghala kepada mesyuarat FOMC pada 17 dan 18 September nanti.

“Bagaimanapun, perkembangannya akan sentiasa dipantau. Sebagai contoh, untuk minggu depan kita akan perhatikan data berkenaan inflasi di AS untuk melihat sama ada inflasi di sana masih lagi kekal dalam mod merosot atau tidak.

“Jika itu trend merosot, ia bermaksud tanggapan pemotongan kadar faedah dalam Rizab Persekutuan (Fed) AS itu masih lagi sah,” katanya.

Jelasnya, keputusan daripada mesyuarat FOMC pada September nanti juga akan memberikan kita jawapannya.

“Sebelum ini pasaran menganggarkan pemotongan kadar faedah dalam Fed AS sebanyak 25 mata asas dan selepas data pekerjaan pada Jumaat minggu lepas lalu, peserta pasaran kewangan dilihat menaikkan kebarangkaliannya itu ke paras 50 mata asas pula September nanti.

“Jadi, kalau ia berdasarkan tanggapan pasaran, maka keputusannya adalah untuk mengurangkan kadar faedah, namun ia menimbulkan konsensus, tetapi ia menjadi persoalan berapa banyak yang akan dikurangkan. Ini pula akan menjadi kebimbangan dalam kalangan peserta pasaran,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai prestasi bursa semalam, beliau menjelaskan indeks FBM KLCI dilihat mencecah ke paras 1603.64 mata pada sesi pagi sebelum mencatatkan penurunan ke paras 1,593.88 mata pada sesi sebelah petang.

“Rata-rata pasaran serantau dilihat stabil setelah data pasaran pekerjaan di AS malam tadi (kelmarin) menunjukkan jumlah rakyat AS yang menuntut insuran pengangguran kurang daripada jangkaan.

“Selain itu, kebimbangan terhadap kadar faedah di Jepun yang mengakibatkan fenomena the unwinding of yen carry trade juga dilihat semakin berkurangan setelah Timbalan Gabenornya memberi jaminan bahawa kenaikan keputusan kenaikan kadar faedah akan mengambil kira kesan kestabilan ekonomi global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya