Bursa Malaysia akhiri minggu ini dengan paras tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia akhiri minggu ini dengan paras tinggi

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir dagangan pada 1,596.05 hari ini, naik 5.67 mata atau 0.36 peratus berbanding 1,590.38 pada penutup Khamis.

FBM KLCI kembali melepasi paras 1,600 pada awal dagangan, bergerak antara 1,596.97 dan 1,604.06 pada sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 1103 kepada 218, manakala 357 kaunter tidak berubah dan 764 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 193.85 mata, atau 0.56 peratus, kepada 35,025.00 ketika berita ini ditulis.

Begitu juga Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.24 peratus atau 31.70 mata kepada 2,588.43 dan Indeks STI Singapura mengukuh 0.37 peratus atau 12.11 mata kepada 3, 261.83

Sebaliknya, Indeks Komposit BEI Indonesia merosot sebanyak 0.79 peratus kepada 7,252.18 – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya