Bursa Malaysia akhiri kenaikan dua hari berturut-turut - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia akhiri kenaikan dua hari berturut-turut

BURSA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada 1,590.38 hari ini, turun 1.49 mata berbanding 1,591.87 pada penutup Rabu. 

Indeks dibuka 5.91 mata lebih rendah kepada 1,585.96 dan bergerak antara 1,579.69 dan 1,593.24 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 651 berbanding 445, dengan 467 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4.31 bilion unit bernilai RM3.09 bilion daripada 5.12 bilion unit bernilai RM4.02 bilion pada Rabu.

Di kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank tidak berubah pada RM10.14, Public Bank susut dua sen kepada RM4.22, IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM6.19, manakala Tenaga Nasional menambah enam sen kepada RM14.0 dan Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM5 .47. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN