Bekas KSN, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilantik Pengerusi KWSP baharu - Utusan Malaysia

Bekas KSN, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dilantik Pengerusi KWSP baharu

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-15, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Pengerusi yang baharu, berkuat kuasa 1 September ini.

Mohd. Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.

Dalam kenyataan itu, Lembaga KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Badri di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau yang telah meletakkan KWSP pada tahap kecemerlangan yang berterusan.

“Pada masa yang sama, Lembaga KWSP mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan mempunyai hala tuju strategik untuk terus memacu KWSP ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KWSP berkata, ia akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan dan simpanan persaraan ahli khususnya dalam membantu membina masa depan yang lebih baik.

KWSP merekodkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM36.7 bilion bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, peningkatan 29 peratus daripada RM28.4 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Setakat 30 Jun 2024, aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.211 trilion, di mana 38 peratus dilaburkan dalam pelaburan luar negara.

Pada separuh pertama 2024, KWSP menyaksikan 235,032 pendaftaran ahli baharu, menjadikan jumlah keahlian kepada 16 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN