Bekas Ketua Hakim Negara, Md. Raus dilantik ahli Lembaga Pengarah Sedania - Utusan Malaysia

Bekas Ketua Hakim Negara, Md. Raus dilantik ahli Lembaga Pengarah Sedania

TUN MD. RAUS SHARIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sedania Innovator Berhad (Sedania) mengumumkan pelantikan Ketua Hakim Negara Malaysia ke-14, Tun Md. Raus Sharif, sebagai ahli Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa 2 Ogos lalu.

Md. Raus mempunyai kerjaya yang cemerlang dalam badan kehakiman dan perkhidmatan undang-undang Malaysia yang bermula pada 1976, sekali gus membawa pengalaman yang luas kepada Sedania.

Beliau mencapai puncak kerjayanya apabila beliau memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia yang ke-14 pada 1 April 2017.

Di peringkat antarabangsa, Md. Raus diberi penghormatan untuk berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Mahkamah Perlembagaan Asia dan Institusi Seumpamanya serta menjadi ahli aktif Majlis Ketua Hakim Negara ASEAN (Council of ASEAN Chief Justices) (CACJ).

Sementara itu, Pengerusi Sedania, Tan Sri Abdul Halim Ali berkata, pengalaman kehakiman Md. Raus yang luas, perkhidmatan yang cemerlang dan kepimpinan beliau akan menjadi tunjang kepada Sedania, terutamanya dalam pelaksanaan inisiatif strategik Sedania.

“Kepakaran beliau bukan sahaja akan mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap tadbir urus yang baik, tetapi juga membantu mendorong syarikat ke arah pertumbuhan dan kejayaan yang lebih cemerlang dalam tahun-tahun yang akan datang.

“Adalah suatu penghormatan bagi kami untuk melantik Md. Raus, seorang ahli terkemuka dalam bidang undang-undang dan kehakiman di Malaysia, sebagai ahli Lembaga Pengarah kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya