Bank Muamalat tawar bantuan khas banjir - Utusan Malaysia

Bank Muamalat tawar bantuan khas banjir

bank muamalat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) mengumumkan penawaran bantuan khas banjir yang merangkumi bantuan moratorium untuk semua pembiayaan individu dan perniagaan sehingga enam bulan.

Ia turut meliputi penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran serta pengecualian caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada pelanggannya yang terjejas ekoran situasi banjir buruk yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggannya termasuk individu serta perniagaan dan berharap bantuan khas banjir ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terlibat.

“Sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang sentiasa komited dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’ pelanggannya, kami bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti menempuhi waktu getir ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesulitan kewangan berikutan bencana ini boleh memohon bantuan khas dengan memuat turun borang permohonan Service Request Form (SRF) yang tersedia di laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my.

“Pelanggan juga perlu menghantar dokumen sokongan yang berkaitan menerusi emel [email protected],” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, langkah proaktif akan diambil bagi memastikan proses dokumentasi dan kelulusan permohonan dipermudahkan.

“Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat, boleh mengunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya