Alibaba Cloud lancar program tingkat penggunaan AI di Malaysia - Utusan Malaysia

Alibaba Cloud lancar program tingkat penggunaan AI di Malaysia

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo (tengah) merasmikan majlis Alibaba Cloud Digital Government Day & Launch Accelerator Program di Marriott Hotel Putrajaya di sini, hari ini. Turut bersama, Pengurus Besar Alibaba Cloud Tech, Kun Huang (kanan) dan Naib Presiden Alibaba Cloud Tech, Bridge Song (kiri). - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Firma teknologi digital awan terkemuka dunia, Alibaba Cloud melancarkan Program Pemecutan Digital dengan tiga inisiatif utama bagi memacu penggunaan kecerdasan buatan (AS) di negara ini.

Pengurus Besar Wilayah Selatan Asia Tenggara Alibaba Cloud Intelligence, Kun Huang berkata, ia selaras dengan usaha berterusan kami yang aktif merangsang ekosistem transformasi digital tempatan yang membuka jalan kepada pelan pendigitalan di Malaysia.

“Program pemecutan itu bakal melatih dan memperakui lebih 500 syarikat pemula pendigitalan di seluruh negara ini menjelang akhir tahun depan.

“Setiap mereka akan menerima pembiayaan sehingga AS$120,000 (kira-kira RM547,000) dan kami juga bakal menubuhkan Pusat Kemahiran Akademi Alibaba Cloud,” katanya.

Program julung kali tersebut dirasmikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo, disaksikan Naib Presiden Alibaba Cloud Intelligence, Bridge Song di Hotel Marriott di sini.

Syarikat global itu yang ditubuhkan pada 2009 merupakan tunjang kepada Alibaba Group dan juga memiliki dua pusat data tempatan bagi penyediaan awan di Malaysia sejak 2017.

Insiaitif itu ujarnya, akan dibentuk sekurang-kurangnya di lima buah universiti di Malaysia pada hujung 2025 susulan kejayaan kerjasama awal tahun ini dengan Universiti Malaya.

Menurut beliau, pusat berkenaan juga bakal menawarkan akses percuma sumber digital untuk pelajar dan guru dengan fokus kepada bidang AI Generatif, Keselamatan Siber dan Analitik Data.

“Perancangan latihan bakat masa depan itu tambah Huang, turut akan dapat membantu matlamat Alibaba Cloud bagi melahirkan 10,000 peserta mahir menjelang akhir tahun depan.

“Kami juga komited menyediakan latihan digital yang diperluaskan kepada komuniti luar bandar terutama di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Jelasnya, tumpuan turut diberikan kepada pertumbuhan sehingga 150 vendor perisian bebas yang akan didedahkan pengetahuan asas mengenai teknologi awan khususnya AI Generatif yang seterusnya membina keperluan kepada ekosistem AI.

“Langkah berkenaan akan mampu membantu dan menyokong sejumlah 1,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana dalam perjalanan digitalisasi mereka.

“Bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat kepada AI, kami juga mengumumkan ketersediaan Model Studio di Singapura untuk dinikmati pelanggan Malaysia,” katanya.

Platform multimodal tersebut jelas beliau, membolehkan akses kepada keluarga model bahasa besar Qwen dari Alibaba Cloud sehingga kapasiti beberapa ratus bilion parameter.

Kemudahan unik itu jelasnya, bakal memudahkan pelanggan melakukan pembangunan aplikasi AI Generatif secara khusus untuk kegunaan pelbagai industri di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya