Adyen, BMW perluas kerjasama pembayaran daripada e-dagang kepada POS - Utusan Malaysia

Adyen, BMW perluas kerjasama pembayaran daripada e-dagang kepada POS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adyen dan kumpulan BMW kini dapat menawarkan pengalaman pembayaran yang lancar kepada pelanggan di BMW Welt dan BMW Museum dengan penyepaduan penyelesaian titik jualan (POS) selepas kejayaan mereka dalam e-dagang global.

Menurut kenyataan, Adyen telah menjadi rakan kongsi pembayaran pilihan kumpulan BMW untuk e-dagang global di 36 buah negara sejak beberapa tahun yang lalu.

“Adyen memproses pembayaran kad kredit untuk Stor ConnectedDrive di pasaran yang berkaitan seperti Eropah, Australia, Malaysia, Singapura, Korea, Jepun dan Brazil.

“Dengan adanya platform yang diseragamkan secara global, Adyen juga boleh memenuhi keperluan pasaran tempatan kumpulan BMW mengikut cara yang disasarkan dan menawarkan kaedah pembayaran menurut pilihan tempatan.

“iDeal di Belanda, TWINT di Switzerland, Swish di Sweden dan banyak lagi kaedah pembayaran tempatan juga tersedia untuk pelanggan BMW,” katanya.

Jelasnya, pelancaran pemprosesan pembayaran POS pertama oleh Adyen di BMW Welt dan BMW Museum di Munich telah membawa beberapa manfaat yang terhasil daripada penyambungan saluran dalam talian dan luar talian di platform Adyen seperti keupayaan menjana laporan bersepadu di kedua-dua saluran.

“Selain itu, Adyen juga menawarkan fungsi inovatif seperti perisian analisis bersepadu dan gambaran keseluruhan transaksi pada masa nyata yang membolehkan kumpulan BMW memahami pilihan pembayaran pelanggan dan membuat keputusan perniagaan yang termaklum.

“Kaedah pembayaran selanjutnya seperti Apple Pay dan Google Pay juga telah dipertimbangkan untuk kawasan POS yang tertentu pada masa akan datang,” katanya

Sementara itu, Presiden EMEA di Adyen, Alexa von Bismarck berkata, pihaknya gembira mengambil langkah seterusnya bersama berikutan kerjasama yang berjaya dalam tahun-tahun lalu di hampir semua pasaran aktif BMW.

“Kini BMW turut menawarkan pengalaman pembayaran yang moden dan lancar untuk pelanggan mereka di BMW Museum dan BMW Welt.

“Melalui platform bersepadu Adyen, kami dapat menawarkan semua huraian data daripada saluran yang berbeza dalam satu gambaran keseluruhan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN