53 waris terima manfaat TH Khairat berjumlah RM636,000 - Utusan Malaysia

53 waris terima manfaat TH Khairat berjumlah RM636,000

Mohd Asri (kiri) mewakili HLM Takaful dan Nor Azman (kanan) mewakili Takaful Malaysia menyerahkan cek cura kepada Syed Hamadah dalam Majlis Simbolik Serahan Tuntutan TH Khairat di Menara TH Tun Razak, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) membantu 53 waris melalui pembayaran tuntutan sebanyak RM636,000, kira-kira setahun selepas melancarkan pelan perlindungan mampu milik TH Khairat.

TH Khairat dilancarkan pada 31 Julai 2023 lalu kepada para pendeposit TH dan menawarkan perlindungan kematian atau hilang upaya kekal sebanyak RM12,000 dengan bayaran serendah RM28 setahun.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, TH berharap bayaran tuntutan yang diterima oleh penerima manfaat dapat sedikit sebanyak membantu mereka menghadapi masa-masa sukar.

“Serahan tuntutan TH Khairat daripada pengendali Takaful kepada TH dalam majlis iMajlis Simbolik Serahan Tuntutan TH Khairat juga sebagai simbolik yang mencerminkan komitmen TH bersama Takaful Malaysia dan HLM Takaful.

“Ia dalam memastikan setiap tuntutan yang layak diproses dengan cepat supaya dapat disalurkan kepada waris atau penerima manfaat dengan kadar segera,” katanya dalam kenyatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, kerjasama itu juga menandakan komitmen mereka menyediakan perlindungan takaful mampu milik khusus bagi memenuhi keperluan para pendeposit TH.

“Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan TH Khairat dengan memastikan urusan tuntutan perlindungan takaful ini berjalan lancar.

“Ini semestinya bagi membantu penerima manfaat atau waris menguruskan keperluan kewangan dan kelangsungan hidup melalui pampasan yang diperoleh,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful, Mohd. Asri Omar berkata, pihaknya bersyukur di atas sambutan memberangsangkan dari lebih 100,000 ribu pendeposit TH yang dikendalikan mereka dalam tahun pertama produk itu dilancarkan.

“Penyelesaian pantas tuntutan yang telah membantu beberapa keluarga peserta TH Khairat setakat ini, serta komitmen tinggi TH untuk meningkatkan publisiti semestinya akan memacu pencapaian yang lebih tinggi dalam tahun ini dan seterusnya.

“Kami di HLM Takaful sangat teruja untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya yang belum mempunyai perlindungan takaful untuk memilih TH Khairat sebagai pelan perlindungan asas mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya