UUE catat premium 175 peratus di Pasaran ACE - Utusan Malaysia

UUE catat premium 175 peratus di Pasaran ACE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UUE Holdings Berhad (UUE), memulakan penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dengan cemerlang apabila dibuka pada 66 sen, premium 175 peratus berbanding harga terbitannya 24 sen sesaham.

Volum pembukaan melibatkan 30.71 juta saham.

Syarikat itu berjaya memperoleh sejumlah RM29.98 juta melalui terbitan awam 124.9 juta saham biasa baharu berharga 24 sen sesaham.

UUE berkata, 52.5 peratus atau RM15.75 juta daripada hasil IPO akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan serta 36.3 peratus atau RM10.89 juta disalurkan untuk modal kerja.

Katanya, baki hasil sebanyak RM3.33 juta telah diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian.

“Saham tersenarai syarikat diklasifikasikan sebagai patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Bahagian terbitan awam syarikat yang disediakan kepada orang ramai Malaysia melalui undian telah terlebih langgan pada kadar 103.83 kali dengan jumlah 25,019 permohonan dengan kira-kira 3.19 bilion saham,” katanya dalam kenyataan.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif UUE, Lee Chye Tee berkata, melihat ke hadapan, pihaknya merancang untuk memperoleh lebih banyak jentera bagi mengembangkan rangkaian penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah dan skala projeknya.

Jelasnya, ini termasuk memperoleh mesin penggerudian arah mendatar (HDD) pelantar maksi untuk menceburi kerja HDD dasar laut, dengan itu meluaskan tawaran perkhidmatan syarikat.

“Untuk menambah aset sedia ada kami, kami memajak jentera tambahan termasuk mesin HDD, jengkaut dan lori. Kami juga komited untuk mengembangkan lagi perkhidmatan kami di Singapura.

“Permintaan untuk penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah didorong oleh rancangan Singapura untuk meningkatkan populasinya kepada antara 6.5 juta dan 6.9 juta menjelang 2030.

“Kami berhasrat untuk memanfaatkan rekod prestasi dan kepakaran kami untuk mengambil bahagian secara aktif dalam tender bagi projek pengagihan elektrik di Singapura,” ujarnya.

M & A Securities Sdn. Bhd. adalah penasihat, penaja, penaja famin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO UUE. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya