Tiada kenaikan kos selepas pelaksanaan rangkaian kedua 5G - Fahmi - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan kos selepas pelaksanaan rangkaian kedua 5G – Fahmi

LIPUTAN 5G semakin luas di negara ini. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi mengesahkan bahawa pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang terlibat dalam rangkaian kedua 5G tidak akan mengenakan sebarang kenaikan kos kepada pengguna.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, MNO telah memaklumkan kepada mereka mengenai perkara itu melalui perbincangan sejak awal lagi bahawa tidak akan ada kos tambahan yang ditanggung oleh pengguna selepas pelancaran rangkaian kedua.

“Kami mempunyai komitmen daripada semua Ketua Pegawai Eksekutif (syarikat telco) melalui perbincangan terdahulu dan tidak ada topik mengenai kos tambahan untuk pengguna.

“Ini dijanjikan kepada saya dan kami berpegang pada janji itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini.

SKMM telah ditugaskan untuk memilih penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih untuk membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia, bermula dengan Pakej Maklumat Pemohon (AIP) pada 1 Julai lalu.

Sebelum ini, empat MNO mengumumkan bahawa perjanjian langganan saham (SSA) dengan DNB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) telah dimuktamadkan selepas memenuhi semua syarat dalam SSA bersyarat.

Pihak berkenaan iaitu YTL Power International Bhd, CelcomDigi Bhd., Maxis Bhd. dan U Mobile Sdn Bhd menandatangani SSA bersyarat pada 1 Disember 2023, untuk membuka laluan peralihan kepada model rangkaian dwi borong (DWN) 5G.

Dalam majlis itu, Fahmi berkata, MoU itu turut menggariskan hasrat untuk memberikan akses kepada teknologi dan infrastruktur 5G bagi sektor berkenaan yang menuju ke arah pendigitalan.

“Pihak MCMC akan menyediakan sokongan teknikal dan latihan bagi persediaan menuju integrasi 5G, di samping menekankan kepentingan untuk memanfaatkan kemajuan teknologi 5G kepada industri yang terbabit.

“Semua yang kita lihat sekarang bukan sekadar kemajuan teknologi semata-mata tetapi lebih kepada masa depan inovasi, keterhubungan serta pembangunan sosioekonomi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya