TF Value Mart jangka penjimatan RM132.6 juta melalui penyelesaian tenaga neutral karbon - Utusan Malaysia

TF Value Mart jangka penjimatan RM132.6 juta melalui penyelesaian tenaga neutral karbon

TF Value Mart di Bera, Pahang yang telah dilengkapi dengan solar di atas bumbung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TF Value Mart, jenama pasar raya besar sedang melaksanakan penyelesaian tenaga neutral karbon dan memacu usaha kemampanan melalui kedai fizikalnya di seluruh negara yang dijangka mendorong kepada penjimatan sebanyak RM132.6 juta dalam tempoh 25 tahun.

Menurut kenyataannya, pasar raya besar dengan 47 cawangan di seluruh Malaysia itu akan melaksanakan inisiatif tersebut bersama rakan kongsi kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) terkemuka, Plus Xnergy.

Penyelesaian solar atas bumbung akan dipasang di 23 cawangan di Balik Pulau, Kuala Kangsar, Ipoh, Port Dickson, Taiping, Tanjung Malim dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif TF Value, Ho Mun Hao berkata, matlamat syarikat dalam jangka masa pendek adalah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan kos operasi melalui penggunaan tenaga solar.

“Untuk jangka masa panjang, kami akan terus meneroka dan melaksanakan penyelesaian tenaga yang inovatif untuk mengurangkan lagi jejak karbon kami sambil menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau untuk komuniti yang kami berkhidmat.

“Dengan hasil yang jelas daripada projek pemasangan solar terdahulu di kedai kami di Muar, Gerik dan Bera, kami telah memulakan usaha berskala besar ini untuk menampung 23 kedai dan yakin dengan hasilnya seperti yang ditunjukkan oleh Plus Xnergy,” katanya.

Jelasnya, anggaran RM132 juta itu dicapai melalui penjanaan tenaga boleh diperbaharui tahunan sebanyak 8.09 juta kWj pada RM5.3 juta setahun.

Katanya, ini bersamaan dengan mengimbangi 3.93 juta tan pelepasan karbon dioksida dalam tempoh 25 tahun dan penjimatan selanjutnya adalah berdaya maju kerana jangka hayat purata sistem suria ialah 30 tahun.

“Kami mempunyai tiga sumber utama penggunaan tenaga iaitu penyaman udara menggunakan jumlah tertinggi pada 65 peratus daripada jumlah penggunaan tenaga kami, diikuti dengan pencahayaan pada 19 peratus dan penyejukan pada 16 peratus.

“Adalah penting untuk kami menguruskan penggunaan kami di seluruh bahagian ini dan menyesuaikan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui yang menyumbang dengan ketara kepada kecekapan pengurusan tenaga kami,” ujarnya.

Tambahnya, memperkenalkan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) adalah sebahagian daripada komitmen kami yang lebih luas terhadap kemampanan dan memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin berkembang.

“Walaupun permintaan semasa mungkin sederhana, kami menjangkakan minat yang semakin meningkat dalam kenderaan elektrik dan mahu menjadi proaktif dalam menyokong peralihan ini.

“Dengan menyediakan kemudahan pengecasan EV, kami menyasarkan untuk menggalakkan penggunaan pilihan pengangkutan yang lebih bersih dalam komuniti kami,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya