Syarikat JV HSS Engineers raih kontrak RM1.5b untuk projek Metro Baghdad - Utusan Malaysia

Syarikat JV HSS Engineers raih kontrak RM1.5b untuk projek Metro Baghdad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group) mengumumkan anak syarikat sepenuhnya, HSS Engineering Sdn. Bhd., menerusi usaha sama (JV) telah memenangi kontrak terbesarnya yang bernilai AS$315.9 juta (R M1.5 bilion) melibatkan penyediaan perundingan pengurusan projek dan perkhidmatan pengawasan untuk sistem kereta api Baghdad Metro di ibu kota Iraq.

Anggaran bayaran perkhidmatan dibahagikan kepada dua komponen iaitu skop pengurusan projek dan skop pengawasan pembinaan, masing-masing pada 0.6 peratus dan 1.2 peratus daripada jumlah anggaran kos pembinaan keseluruhan, iaitu AS$17.5 bilion (RM73.5 bilion)

Untuk memulakan projek ini, JV akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak 15 peratus untuk pengurusan projek, berjumlah AS$15.8 juta (RM74.5 juta).

Kontrak tersebut dianugerahkan oleh Mayoralty of Baghdad kepada syarikat JV yang terdiri daripada HSS Engineering dan Consultant HSS, LLC yang berdaftar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang melibatkan penyediaan perkhidmatan pengurusan projek dan pengawasan untuk Baghdad Metro.

CHSS telah menjadi rakan jangka panjang HEB, bekerjasama dalam beberapa projek perundingan kejuruteraan di Timur Tengah.

HSSE dan CHSS masing-masing memegang 50 peratus pegangan ekuiti dalam JV tersebut.

Naib Pengerusi Eksekutif HSS Engineers Berhad, Tan Sri Ir. Kuna Sittampalam berkata, pihaknya bangga dapat membawa kepakaran metro bandar transformasi dari peringkat nasional ke peringkat antarabangsa.

“Sebagai salah satu batu loncatan dalam strategi pembangunan kebangsaan Iraq, kami komited untuk mengekalkan standard tertinggi dalam pelaksanaan Metro Baghdad ini.

“Kemenangan yang besar ini juga mempunyai makna penting bagi portfolio global HEB Group, sementara kami terus menunjukkan keunggulan dalam kejuruteraan dan pengurusan projek bertaraf dunia untuk mempercepatkan transformasi infrastruktur utama dalam bandar-bandar yang berkembang pesat,” katanya dalam kenyataan.

Pencapaian signifikan HEB Group, kontrak luar negara terbesar kami, menekankan inisiatif pionir yang dipimpin oleh syarikat Malaysia.

Peristiwa penting ini selari dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkukuh hubungan dengan Iraq serta menyokong usaha pembangunan dan rekonstruksi negara.

Hubungan antara kedua-dua negara ini juga diperkuat dengan pembukaan semula Kedutaan Malaysia di Baghdad pada November 2023, selepas 20 tahun ditutup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya