SKM peruntuk dana RM2.5 juta kepada Angkasa - Utusan Malaysia

SKM peruntuk dana RM2.5 juta kepada Angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana bernilai RM2.5 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) tahun ini bagi membiayai pelaksanaan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi melalui Angkasa dan Tabung Pendidikan Angkasa.

Menurut kenyataan, Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Melalui Angkasa berjumlah RM2 juta adalah untuk memudah cara dalam membantu koperasi mengembangkan perniagaan serta meningkatkan jaringan perniagaan.

“Selain itu, dana ini juga bertujuan untuk memasarkan produk secara atas talian atau fizikal untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

“Program ini juga dapat membantu mendapatkan sijil halal dan program pembangunan lain seperti pemerkasaan peniagaan, intervensi perniagaan koperasi dan pendigitalan koperasi,” menurut kenyataan.

Sementara itu, SKM berkata, Tabung Pendidikan Angkasa pula bertujuan memberi kemudahan untuk membina dan meningkatkan taraf pendidikan komuniti koperasi.

“Kemudahan pembiayaan pendidikan boleh ubah yang disediakan kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi dan kakitangan koperasi yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah di dalam negara.

“Dana berjumlah RM500,000 bagi membiayai Program Pendidikan Angkasa bakal memberi manfaat kepada 141 pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya