Shell FuelSave Diesel tawar penjimatan hingga 3.75 peratus - Utusan Malaysia

Shell FuelSave Diesel tawar penjimatan hingga 3.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shell Commercial Fuels melancarkan formulasi baharu Shell FuelSave Diesel dengan ciri pembersihan termaju yang membantu pelanggan dalam sektor pengangkutan, pembinaan, perlombongan dan pertanian meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 3.75 peratus dan memulihkan kuasa.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain berkata, syarikat komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar daripada operasi untuk pemain industri.

“Kami berhasrat untuk membantu mengurangkan jumlah kos pemilikan untuk perniagaan yang bergantung pada teknologi enjin diesel yang canggih untuk meningkatkan pertumbuhan mereka bagi perniagaan yang lebih menguntungkan.

“Peningkatan kos, peralihan rantaian bekalan dan cara kerja baharu telah memaksa perniagaan menyesuaikan diri dengan cepat.

“Selain kekangan ini, teknologi terus maju, penyelenggaraan enjin menjadi keutamaan dan pilihan bahan api menjadi semakin penting,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, inovasi dalam bahan api diesel masih memainkan peranan penting dan Shell komited dalam memanfaatkan teknologi untuk membantu pelanggan memperoleh lebih banyak daripada kenderaan mereka.

Katanya, Shell FuelSave Diesel kini menampilkan formula tiga tindakan unik yang menawarkan pembersihan yang lebih mendalam

“Selepas hanya satu tangki, formulasi baharu ini membantu membersihkan mendapan muncung penyuntik bahan api dan deposit penyuntik diesel dalaman (IDID).

“Ia juga direka untuk membantu melindungi sistem edaran semula gas ekzos (EGR) daripada pengumpulan deposit, sekali gus meningkatkan kehandalan kenderaan,” ujarnya.

Dengan menyediakan pembersihan penyuntik bahan api dan kesan kekal bersih, formulasi baharu itu membantu perniagaan mengelakkan kerosakan dan penggantian yang tidak dirancang, yang boleh menelan kos sebanyak RM 8,500 untuk satu penyuntik.

Apabila diambil kira bahawa enjin enam atau lapan silinder mungkin memerlukan penggantian keseluruhan set penyuntik, kos terkumpul boleh memberi kesan pada pendapatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN