Senai Airport City tarik pelaburan lebih RM7 bilion dalam sedekad beroperasi - Utusan Malaysia

Senai Airport City tarik pelaburan lebih RM7 bilion dalam sedekad beroperasi

ONN HAFIZ melawat kilang Wiwynn Technology Service Malaysia Sdn. Bhd., di Senai Airport City, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Senai Airport City berjaya merekodkan nilai pelaburan sebanyak RM7.5 bilion sejak dibuka hampir 10 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 150 syarikat dan pelabur asing dibawa masuk dengan mewujudkan 28,000 peluang pekerjaan.

Ujarnya, antara syarikat besar yang melabur di Senai Airport City ialah Hershey, Mercedes-Benz, DHL, Dyson, FedEx, Haitian, Fiffy dan Supermicro.

“Ini membuktikan Johor mampu menarik kehadiran pelabur dengan peningkatan peluang pekerjaan serta gaji yang kompetitif menanti rakyat di negeri ini.

“Hal ini akan meningkatkan sosiekonomi masyarakat setempat, selain berupaya merangsang aktiviti ekonomi yang mapan bagi Johor,” katanya selepas melawat kilang Wiwynn Technology Service Malaysia Sdn. Bhd., di Senai Airport City, di sini.

Menurutnya, polisi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan merancakkan lagi sektor ekonomi negeri.

“Saya berharap agar hasil limpahan ekonomi ini akan dirasai seluruh rakyat serta mampu meningkatkan taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Wiwynn merupakan sebuah syarikat penyedia infrastruktur teknologi maklumat (IT) awan, dan berjaya mencatat keuntungan berjumlah AS$7.8 bilion tahun lalu.

Onn Hafiz berkata, sebanyak 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh syarikat tersebut menjelang akhir tahun ini dengan hampir 80 peratus pekerja adalah warga tempatan.

“Wiwynn telah membangunkan kilang dalam dua fasa. Fasa satu ialah kilang penyepaduan rak pelayan dan fasa dua yang kini sedang sudah 81 peratus siap pembinaannya ialah kilang pemasangan papan litar bercetak (PCBA) pelayan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya