Sektor hartanah menunjukkan daya tahan - Utusan Malaysia

Sektor hartanah menunjukkan daya tahan

SEKTOR hartanah kekal berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor hartanah telah menunjukkan daya tahan, walaupun terdapat perubahan ekonomi dan cabaran kawal selia di dalam pasarannya, menurut Kenanga Research.

Firma penyelidikan itu berkata, pemaju hartanah telah memberi tumpuan kepada rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi.

“Kami turut melihat permintaan positif dalam segmen rumah mampu milik, manakala bagi segmen perindustrian pula dijangkakan akan mengalami pertumbuhan yang didorong oleh perkembangan e-dagang dan pembuatan.

“Pasaran hartanah juga telah menetapkan harga yang mencukupi untuk kesan segera, jangka pendek pelaburan pusat data dan transformasi ekonomi Johor kepada sektor itu.

“Oleh itu, sektor hartanah Malaysia akan terus mengutamakan kemampuan dipacu oleh pertumbuhan penduduk dan perbandaran serta dijangka pembangunan berorientasikan transit, terutamanya di Lembah Klang mendapat tarikan apabila pembeli mencari pilihan perjalanan yang mudah,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Bagaimanapun, katanya, Kenanga Research tetap mengekalkan penarafan ‘underweight’ terhadap sektor hartanah.

“Ini berikuan sektor itu masih berdepan dengan pelbagai cabaran kesan daripada lebihan bekalan di dalam pasaran, selain isu hutang isi rumah, kadar faedah tinggi dan sentimen pengguna yang lemah akibat inflasi yang tinggi serta peningkatan kos sara hidup.

“Kami turut menyemak turun penarafan Mah Sing Group Bhd. (harga sasaran (TP): RM1.87) kepada ‘market perform’, manakala Sime Darby Property Bhd (TP: RM1.08) dan UOA Development (TP: RM1.79) kepada ‘underperform’ berdasarkan penilaian sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, MKH Bhd. (TP: RM1.83) menjadi pilihan utama berdasarkan kepada focus mereka terhadap rumah mampu milik di bawah RM500,000 dengan permintaan kukuh daripada pembeli rumah kali pertama.

“Ini juga didorong projek pembangunan berorientasikan transit yang akan mendapat manfaat daripada peralihan kepada pengangkutan awam daripada kenderaan persendirian, berikutan rasionalisasi subsidi bahan api dan perniagaan perladangannya yang berkembang di Kalimantan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya