Sektor hartanah Malaysia dijangka catat pertumbuhan ketara - Utusan Malaysia

Sektor hartanah Malaysia dijangka catat pertumbuhan ketara

SEKTOR hartanah kekal positif tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TA Securities megunjurkan sektor hartanah Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan ketara didorong pelancaran projek infrastruktur utama, penubuhan hab kewangan dan ekonomi khas serta dasar kerajaan yang mesra pemilik rumah.

Firma penyelidikan itu berkata, perkembangan segmen pusat data akan menjadi pemacu dalam sektor tersebut.

Menurutnya, langkah menjual tanah kepada pengendali pusat data menyediakan aliran masuk modal serta-merta dan membuka kunci nilai set yang boleh dilaburkan semula ke dalam projek lain.

“Model bina dan sewa juga menawarkan pendapatan stabil dan berulang sekali gus memastikan kestabilan kewangan sambil mengekalkan pemilikan set yang meningkat.

“Sementara itu, penyertaan langsung dalam perniagaan pusat data membuka peluang pertumbuhan baharu,” katanya dalam nota penyelidikan.

Jelasnya, hal ini mempercepatkan penggunaan tanah terbiar iaitu dengan mengubah kawasan tidak produktif menjadi aset berharga.

Katanya, pembangunan pusat data dilihat meningkatkan nilai keseluruhan bank tanah dalam sektor tersebut.

“Pusat data menyumbang kepada rangsangan teknologi dan ekonomi yang mana berpotensi menarik perniagaan berkaitan teknologi dan mewujudkan hab inovasi, seterusnya memacu permintaan untuk hartanah kediaman, komersial dan perindustrian berdekatan,” katanya.

TA Securites berkata, pasaran hartanah juga disokong oleh asas yang kukuh dan prospek pertumbuhan.

Katanya, walaupun penilaian semasa sektor itu berada di atas purata jangka panjang, asas ekonomi yang kukuh dan pemacu pertumbuhan baharu membuka ruang bagi momentum untuk naik berterusan.

“Ini termasuk kestabilan politik, peningkatan pelaburan langsung asing, pelancaran projek infrastruktur utama, dan penerusan dasar mesra pemilik rumah,” katanya.

Peralihan positif tersebut disahkan oleh kenaikan harga saham yang luar biasa dalam kalangan pemaju hartanah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya