PR1MA teroka kerjasama strategik lestarikan rumah mampu milik - Utusan Malaysia

PR1MA teroka kerjasama strategik lestarikan rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyerahkan Surat Tunjuk Minat bagi meneroka kerjasama dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei Malaysia) serta memeterai semula Memorandum Persefahaman (MOU) bersama SANY Construction Industry Development (M) Sdn. Bhd. (SCID), anak syarikat SANY Global berpangkalan di China.

Kedua-dua langkah dibuat bagi meneruskan usaha agensi perumahan mampu milik utama di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu melestarikan pembangunan PR1MA di seluruh Malaysia, termasuk kediaman dan kemudahan.

Kerjasama yang diteroka oleh PR1MA dengan Huawei Malaysia adalah melalui anak syarikatnya, PR1MA Communications Sdn. Bhd. (PCSB), bertujuan untuk mengintegrasikan peranti pintar Huawei Malaysia ke dalam pembangunan PR1MA.

Sementara itu, pemeteraian semula MOU antara PR1MA dan SCID adalah lanjutan daripada MOU yang telah ditandatangani pada 1 April 2023, yang kini diperbaharui bagi memperkukuh kerjasama di bawah agenda pembinaan, pembangunan modal insan serta pengurusan lestari berlandaskan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Anggota Perbadanan PR1MA, Datuk Seri Mohd. Nazri Md Shariff, berkata perbadanan itu berharap kerjasama strategik bersama Huawei akan memastikan integrasi peranti pintar yang inovatif ke dalam kediaman PR1MA bagi meningkatkan keselesaan, kemudahan, dan keselamatan penduduk.

“Inisiatif bersama Huawei Malaysia dan SCID dijangka akan memacu pertumbuhan pasaran, menggalakkan kemajuan teknologi dan menetapkan piawaian industri yang baharu.

“Menerusi kerjasama itu juga, PR1MA berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi dalam sektor perumahan yang akan membawa manfaat jangka panjang kepada penduduk dan pembeli rumah PR1MA.

“Dengan memanfaatkan kepakaran global dan teknologi canggih dengan rakan strategik, PR1MA berhasrat untuk terus menjadi peneraju dalam menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti tinggi, mampan dan inovatif, sejajar dengan aspirasi KPKT,” katanya.

Sesi penyerahan Surat Tunjuk Minat kepada Huawei Malaysia serta pertukaran MOU antara PR1MA dengan SCID disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Ia diadakan di Pavilion Malaysia bersempena Sidang Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan 2024 (ACMROCH 2024) dan Pameran Seni Bina, Reka Bentuk Dalaman dan Bangunan Antarabangsa 2024 (ARCHIDEX 2024) di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya