PNB komited tingkat kekayaan ekonomi Bumiputera dan rakyat - Utusan Malaysia

PNB komited tingkat kekayaan ekonomi Bumiputera dan rakyat

Sesi bergambar bersama Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (tengah) dan barisan panel pada PNB Knowledge Forum 2024 di Hilton Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) komited untuk menjunjung mandatnya untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan semua rakyat Malaysia sejajar dengan inisiatif berpandangan ke hadapan iaitu Program Pengaktifan dan Pembaharuan Perusahaan Berkaitan Kerajaan atau GEAR-uP.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkata, PNB memainkan peranan penting dalam menyumbang sebahagian besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tenaga kerja negara melalui syarikat penerima pelaburannya.

Katanya, syarikat-syarikat tersebut aktif dalam memacu ekonomi dan mewujudkan peluang untuk pembangunan mampan di negara ini.

“Sebagai contoh, PNB menyokong pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Kerian, Perak, inisiatif nasional yang memfokuskan industri teknologi hijau, kerjasama dengan Kerajaan, Kerajaan Negeri Perak, dan SD Guthrie.

“PNB mengiktiraf potensinya untuk memangkin kemajuan ekonomi, memupuk penciptaan pekerjaan dan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya dalam ucaptama pada PNB Knowledge Forum (PKF) 2024 di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, ekonomi kompleksiti berfungsi sebagai penanda aras untuk mengukur pembangunan ekonomi negara dengan keupayaan untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi yang canggih untuk memenuhi permintaan global.

“Di bawah prinsip teras Malaysia Madani, kerajaan baru-baru ini melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi dan memastikan daya tahan di tengah-tengah cabaran dan aliran mega yang semakin meningkat.

“Ini sejajar dengan strategi tiga tahun PNB, LEAP 6, yang didedikasikan kepada pemegang unit kami dan kesejahteraan ekonomi Malaysia yang lebih luas,” ujarnya.

Forum anjuran PNB Research Institute Sdn Bhd. bertujuan untuk memperkasakan korporat Malaysia dengan pengetahuan dalam pendekatan ekonomi kompleksiti.

Forum bertemakan “Ekonomi Kompleksiti: Menavigasi Benang Perkaitan Ekonomi” tersebut dihadiri kira-kira 500 peserta termasuk daripada pembuat dasar, wakil dalam industri, agensi pendidikan dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya