Petronas umum Lapangan Jerun keluarkan gas pertama - Utusan Malaysia

Petronas umum Lapangan Jerun keluarkan gas pertama

LAPANGAN Jerun, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengumumkan Lapangan Jerun di Blok SK 408 yang terletak kira-kira 160 kilometer (km) dari pantai Sarawak telah mencapai pengeluaran gas pertamanya baru-baru ini.

Pengendali blok ini, Sapura OMV Upstream (Sarawak) Inc. (SapuraOMV) memegang 40 peratus kepentingan penyertaan, manakala baki 60 peratus dikongsi secara sama oleh Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) dan Sarawak Shell Berhad (SSB).

Lapangan Jerun pertama kali ditemui pada 2015 oleh SapuraOMV, berikutan penggerudian sembilan telaga penerokaan dari 2014 hingga 2015.

Lapangan tersebut mampu menghasilkan sehingga 550 juta kaki padu standard sehari (mmsfd), sekali gus menjadikan projek ini bersedia untuk menangani permintaan tenaga global yang semakin meningkat.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Datuk Ir. Bacho Pilong mengucapkan tahniah kepada SapuraOMV dan rakan kongsi mereka kerana mencapai kejayaan ini.

“Menambah portfolio tenaga negara, projek ini menjanjikan sumbangan besar ke arah mengekalkan bekalan gas jangka panjang Malaysia.

“Sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada Kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa tempatan telah memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini,” katanya dalam kenyataan.

Petronas komited untuk memastikan bekalan minyak dan gas yang optimum dan mampan untuk keselamatan tenaga kepada negara sambil meneruskan usaha yang disengajakan ke arah mencapai operasi karbon rendah, dan pelepasan rendah.

Jelasnya, ini selaras dengan matlamat syarikat untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya