PETALING JAYA: Pesawat pertama Malaysia Airlines A330neo selesai proses mengecat badan di bengkel cat Airbus di Toulouse, Perancis baru-baru ini, mempamerkan bendera Malaysia yang merupakan simbol utama syarikat penerbangan itu. Airbus berkata, penyelesaian fasa mengecat menandakan pencapaian penting dalam perjalanan pengeluaran pesawat tersebut. Katanya, pesawat tersebut akan dilengkapi dengan enjin Rolls-Royce Trent 7000 yang canggih dan menjalani ujian prestasi sebagai persediaan untuk penerbangan pertamanya. “Pada tahap ini, semua sistem kabin juga akan diuji dengan teliti. Ini termasuk pemeriksaan menyeluruh aliran udara dan penyaman udara, pencahayaan, dapur, tandas, tempat duduk dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya