Perjanjian JS-SEZ bakal ditandatangani September ini - Utusan Malaysia

Perjanjian JS-SEZ bakal ditandatangani September ini

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Sidang akhbar Forum Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ M FIRDAUS M JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perjanjian bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dan negara jiran, Singapura bakal ditandatangani September depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari kerajaan Singapura berkaitan rangka kerja dan permintaan dan segala maklumat perincian dan pelaksanaan juga akan dimaklumkan semasa sesi tersebut.

Katanya, rundingan kedua-dua negara sudah di peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian berkenaan dan apabila telah dimeterai, usaha pelaksanaan zon ekonomi itu akan dimulakan.

“Kami kini menunggu kerajaan Singapura untuk mengulas, dan kami yakin kami akan dapat menyelesaikan rundingan untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian dalam masa untuk tarikh akhir.

“Bagi insentif fiskal khusus, peringkat akhir adalah antara pelbagai kementerian dan negeri Johor untuk menyusun pakej khusus JS-SEZ dan kemungkinan besar boleh diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 nanti,” katanya.

Belia berkata demikian dalam sidang media sempena Forum Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di sini semalam.

Mengenai maklum balas pelabur terhadap pelancaran JS-SEZ, Rafizi berkata, berdasarkan sesi libat urus menerusi bengkel dan forum, pelabur menunjukkan minat yang tinggi terhadap pelancaran zon berkenaan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, syarikat yang digalakkan untuk menyertai perancangan itu adalah syarikat dengan teknologi dan kandungan nilai yang tinggi.

Katanya, ini kerana keputusan pelaburan kebanyakannya dilakukan oleh modal teroka (VC) dan dana ekuiti swasta (PE) dalam bidang kandungan bernilai tinggi dan teknologi maju.

“Oleh itu, saya fikir kita perlu petakan semula keseluruhan proses untuk mengikuti perkembangan cara perniagaan sedemikian beroperasi dan ekosistem tempat mereka mencuba,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebaik sahaja perjanjian dimeterai September ini, rakyat akan melihat lebih banyak butiran lanjut mengenai rancangan kepada bidang khusus dan pergerakan orang dan barangan.

“Keseluruhan idea adalah memastikan aliran bebas pergerakan orang dan barangan antara Singapura dan Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya