Perbelanjaan infrastruktur dijangka meningkat separuh kedua - Utusan Malaysia

Perbelanjaan infrastruktur dijangka meningkat separuh kedua

PROJEK LRT Pulau Pinang bakal menjadi pemangkin perubahan rangkaian sistem pengangkutan awam di negeri itu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbelanjaan infrastruktur dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini, bermula dengan Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang RM8.5 bilion dan Fasa 1B Pan Borneo Sabah RM15.7 bilion.

CIMB Securities berkata, jangkaan itu disokong peningkatan bilangan projek yang didorong oleh swasta bagi kemudahan berteknologi tinggi termasuk pusat data, lebuh raya serta perkembangan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR).

Menurutnya, perbelanjaan infrastruktur domestik dijangka memperoleh semula momentum pada separuh kedua tahun ini selepas pertumbuhan perbelanjaan agak perlahan pada separuh pertama tahun ini.

“Ia sepatutnya bermula dengan RM8.5 bilion LRT Pulau Pinang, Pan Borneo Sabah Fasa 1B (RM15.7 bilion), RM1.5 bilion-Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang, lima stesen LRT (RM 5.3 bilion) serta aliran projek pembinaan di Sarawak.

“Jangkaan adalah tinggi bahawa kadar pemberian (kontrak) di bawah Aliran Transit Automasi (ART) Kuching, Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR), infrastruktur asas, minyak dan gas utama di utara Sarawak (termasuk dua loji hidrogen besar) akan meningkat pada bulan-bulan akan datang.

“Ini disokong oleh peningkatan dalam pelaburan langsung asing (FDI) pembuatan, mewujudkan permintaan yang besar untuk pembinaan kemudahan teknologi canggih (ATF), termasuk pusat data (DC),” katanya dalam nota penyelidikannya.

Melangkah ke 2025, CIMB Securities menjangkakan peningkatan aliran perbelanjaan bagi HSR Kuala Lumpur-Singapura, walaupun pada kos lebih rendah sebanyak RM70 bilion.

Katanya, bagi projek yang dibiayai oleh swasta, pihaknya menjangkakan peningkatan tempahan kontrak secara ketara sebanyak kira-kira RM1 bilion setiap satu tender Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

“Mengenai kesan pengurangan subsidi diesel, kami menjangkakan pengurangan subsidi diesel akan memberikan tekanan jangka pendek ke atas projek pembinaan dan hartanah yang sedang berjalan,” katanya.

Firma penyelidikan itu menjangkakan ia akan mengakibatkan kos yang lebih tinggi untuk memindahkan produk bahan binaan.

“Dari semasa ke semasa, kami menjangkakan kos diesel yang lebih tinggi akan ditunjukkan dalam harga untuk tender pembinaan baharu.

“Selain itu, ia tidak akan memberi kesan kepada jentera dan peralatan pembinaan, yang tidak menggunakan diesel bersubsidi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya