Pengekalan tarif elektrik tidak jejaskan operasi TNB - Utusan Malaysia

Pengekalan tarif elektrik tidak jejaskan operasi TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Operasi perniagaan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak akan terjejas susulan keputusan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mengekalkan tarif elektrik sehingga akhir tahun ini.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kumpulan memahami keputusan tersebut dibuat bagi menangani kos penjanaan tambahan.

Menurutnya, hal ini berikutan kenaikan harga bahan api digunakan bagi bekalan elektrik dalam tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

“TNB ingin memaklumkan kesan pelaksanaan Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) adalah neutral dan tidak akan memberi kesan kepada operasi perniagaan dan kedudukan kewangan kumpulan.

“Sehingga kini, kerajaan telah berjaya melaksanakan 20 kitaran ICPT sejak pengenalan mekanisme itu pada 2015” katanya dalam kenyataan.

Sabtu lalu, Petra mengumumkan pelaksanaan ICPT akan diteruskan bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Kementerian tersebut turut mengumumkan pengguna komersial dan industri akan mendapat pengurangan kadar ICPT sebanyak satu sen kilowatt per jam (KWj) sehingga akhir tempoh tersebut.

Dalam pada itu, Petra memaklumkan surcaj yang lebih rendah, sebanyak satu sen/kWj, bagi kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh yang sama supaya PBT dapat menyediakan perkhidmatan pencahayaan menyeluruh di kawasan awam.

Menurut kementerian, jumlah subsidi elektrik yang disasarkan bagi tempoh Julai hingga Disember 2024 adalah sebanyak RM2.192 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya