Pelaksanaan e-Invois: PKS perlu masa sesuaikan diri - Utusan Malaysia

Pelaksanaan e-Invois: PKS perlu masa sesuaikan diri

WILLIAM Ng (tengah) sesi meja bulat peluang dan cabaran bagi Industri PKS dan runcit, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (Samenta) berharap kerajaan dapat memberi nasihat kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai e-Invois sebelum dapat menyesuaikan diri dengan pelaksanaan baharu itu.

Presidennya, Datuk William Ng berkata, bulan pertama pelaksanaan e-Invois boleh digunakan oleh kerajaan untuk mendidik PKS dan bukannya mengenakan denda segera kepada mereka.

Tegasnya, pihaknya tidak meminta pengecualian atau penangguhan e-Invois untuk PKS kerana apabila pelaksanaan dikuatkuasakan sepenuhnya, PKS akan dapat menyesuaikan diri dan menggunakannya secara efektif.

“Kami tidak meminta penangguhan kerana walaupun kita tambah enam bulan, satu tahun, dua tahun lagi, jika orang tidak bersedia, mereka tidak akan bersedia.

“Beberapa PKS dan industri yang berbeza mungkin boleh melaksanakannya lebih cepat atau lebih lambat daripada yang lain, jadi kita tidak mahu hukuman dikenakan hanya kerana mungkin mereka memulakannya agak lambat.

“Kesilapan sebenar boleh berlaku, umum harus faham bahawa banyak e-Invois dikeluarkan oleh kakitangan dan ia boleh membawa kepada kesilapan yang tidak disengajakan,” katanya kepada pemberita dalam sesi meja bulat peluang dan cabaran bagi Industri PKS dan runcit di sini.

Terdahulu, LHDN memaklumkan, pelaksanaan fasa pertama e-Invois pada 1 Ogos 2024 hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Justeru, katanya, tiada keperluan pada masa ini untuk syarikat dalam fasa pertama mendapatkan e-Invois daripada PMKS bagi tujuan tuntutan perbelanjaan.

Dalam majlis berasingan, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd. Shamsor Mohd. Zain berkata, institusi kewangan dan pengedar kenderaan dijangka tampil dengan tawaran lebih baik untuk mengimbangi pelaksanaan e-Invois mulai bulan hadapan yang akan memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada semua pihak.

Ujarnya, persatuan itu percaya tidak wujud impak besar ke atas jumlah keseluruhan industri (TIV) atau jualan kenderaan meskipun e-Invois dikatakan menjejaskan tawaran pinjaman penuh yang ditawarkan kepada pelanggan.

“MAA berpendapat tiada kesan besar disebabkan pelaksanaan e-Invois dan kami percaya pengedar kereta dan institusi kewangan akan menawarkan pakej lebih baik untuk mengimbangi tawaran tanpa pinjaman penuh.

“Kebiasaannya, pinjaman penuh ditawarkan kepada kakitangan kerajaan meskipun tidak termaktub dalam peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Justeru, pengedar dan pihak bank akan mengemukakan tawaran lain dengan adanya pelaksanaan e-Invois ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya