OPR kekal 3.00 peratus - Utusan Malaysia

OPR kekal 3.00 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa mengenai inflasi dan prospek pertumbuhan.

“MPC kekal berwaspada dengan perkembangan berterusan untuk memaklumkan penilaian mengenai inflasi dalam negeri dan trajektori pertumbuhan.

“MPC akan memastikan bahawa pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga,” katanya.

Kali terakhir BNM menaikkan OPR adalah daripada 2.75 peratus kepada 3.0 peratus pada Mei tahun lalu.

Mesyuarat MPC seterusnya dijadualkan pada 4 dan 5 September 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya