Northport diiktiraf rakan strategik NTW 2024 - Utusan Malaysia

Northport diiktiraf rakan strategik NTW 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli Kumpulan MMC diiktiraf sebagai salah satu rakan strategik Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024.

Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof semasa Majlis Kemuncak NTW 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Jun lalu.

Azman Shah berkata, penyertaan Northport dalam NTW mencerminkan komitmennya untuk menyumbang kepada pembangunan modal insan negara.

“Dengan menawarkan pelbagai program latihan yang komprehensif berkaitan industri pelabuhan dan logistik, kami berhasrat untuk menyediakan dan melengkapkan rakyat Malaysia dengan pendedahan, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang sentiasa berubah,” katanya dalam kenyataan.

NTW adalah acara peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh HRD Corp, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan tujuan memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan majikan, penyedia latihan dan orang awam.

Program selama seminggu ini menyediakan peluang dan inisiatif untuk meningkatkan kemahiran dan pembelajaran semula tenaga kerja di Malaysia melalui pelbagai kaedah dan platform pembelajaran yang disediakan oleh pemain industri tempatan secara percuma.

NTW 2024 telah berlangsung di seluruh negara dari 24 hingga 30 Jun 2024, dengan tujuan menawarkan lebih 25,000 program latihan percuma kepada 200,000 rakyat Malaysia.

Northport telah menyertai NTW sejak dilancarkan pada 2023.

Melalui pusat latihannya, Northport International Centre of Excellence (NICE), syarikat tersebut telah menawarkan pelbagai program kepada orang ramai semasa NTW 2024, termasuk lawatan pembelajaran, kesedaran halal, keselamatan dan keselamatan pelabuhan dan banyak lagi.

Azman Shah berkata, Northport komited untuk menyediakan peluang pembelajaran berterusan termasuk program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira jantina.

“Kami percaya bahawa dengan menawarkan program latihan yang boleh diakses dan inklusif, kami dapat memperkasakan tenaga kerja lelaki dan wanita untuk cemerlang dalam industri
pelabuhan dan logistik.

“Melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk merapatkan jurang kemahiran dan memastikan rakyat Malaysia bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya