PETALING JAYA: Peruncit pembaikan rumah terkemuka, MR D.I.Y. Group Berhad (MR D.I.Y.) meraikan 1,200 kedainya seluruh negara dengan menawarkan tawaran hebat dan diskaun kepada rakyat Malaysia untuk pelbagai produk sepanjang Julai.
Menurut kenyataannya, mulai 1 hingga 31 Julai 2024, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk pelbagai barangan, termasuk barangan rumah, perkakasan, elektronik, alat tulis dan makanan dan minuman.
Ketua Pemasaran Kumpulan, Alex Goh berkata, merenungkan perjalanan syarikat dari sebuah kedai perkakasan sederhana pada 2005 kepada 1,200 kedai di seluruh negara hari ini, menunjukkan kejayaan ini adalah bukti kepercayaan dan kesetiaan pelanggannya.
“Ia menekankan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan produk berkualiti baik pada ‘Harga Sentiasa Rendah’. Promosi kami adalah tanda terima kasih kami kepada semua pelanggan.
“Kami menjemput semua orang untuk melawat kedai kami di seluruh negara, sertai kami dalam meraikan kejayaan ini dan rebut peluang untuk menikmati tawaran hebat ini,” katanya.
Tambahnya, sempena sambutan ini, MR D.I.Y. sedang menawarkan harga istimewa untuk beberapa item seperti stokin lelaki MR D.I.Y. (tiga dalam satu paket) pada harga RM4.30 setiap satu (harga biasa: RM6.30) dan pistol pelekat panas 7W pada RM11.90 setiap satu (harga biasa: RM16.90).
Promosi sambutan 1200 kedai ini boleh didapati di semua MR D.I.Y. kedai di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut tentang MR D.I.Y., orang ramai boleh melayari laman web, mrdiy.com, dan halaman media sosial, Facebook, Instagram, dan TikTok. – UTUSAN