MITI tingkat penglibatan wanita dalam sektor perindustrian, eksport - Utusan Malaysia

MITI tingkat penglibatan wanita dalam sektor perindustrian, eksport

TENGKU Zafrul Abdul Aziz bersama Shahrizat Abdul Jalil melancarkan melancarkan ‘Women in Trade and Industry’ (WITI) hasil kerjasama dengan Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia) di Menara MITI hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan usahawan wanita tidak dipinggirkan menerusi insiatif Wanita dalam Eksport dan Perindustrian (WITI), selaras usaha menarik usahawan wanita terlibat dalam perdagangan dan industri di peringkat ASEAN.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sehubungan itu, sempena Malaysia Chairmanship of Asean 2025, di bawah tonggak ekonomi, program WITI membolehkan golongan usahanita diberi peluang terlibat ekonomi.

“Kita memberi keutamaan kepada golongan usahawan wanita kerana mereka tidak dipinggirkan dan ini selari dengan konsisten Malaysia sebagai Pengerusi Asean yang mahu penglibatan wanita dalam ekonomi serta di peringkat Asean,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan WITI hasil kerjasama dengan Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia) di Menara MITI hari ini.

Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi Asean 2025 dengan tiga tonggak utama digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi, dan sosiobudaya.

Mohamad Hasan berkata setakat Jun lalu, Malaysia telah menyusun atur sebanyak 257 mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan tahun hadapan.

Sempena pelancaran program WITI, Tengku Zafrul memberitahu, pihaknya terbuka kepada semua sektor untuk terlibat dan akan mengadakan perbincangan di peringkat kementerian dan HAWA.

“Apa yang kita mahu melihat hasil dan saya akan memaklumkan apa yang kita mahu sasar (mengenai program ini).

“Setakat ini, rangka kerja WITI sudah ada dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MITI dan semua Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam program ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi HAWA, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, seramai 400 usahanita yang terlibat mewakili 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam WITI.

“Tengku Zafrul (beliau) telah meminta wanita terlibat sama dalam industri perdagangan dan eksport.Ini bagi memberi peluang usahawan wanita dan perniagaan mereka ke arena antarabangsa,” katanya.

Kerjasama strategik antara MITI dan HAWA Malaysia ini bakal menjadi wahana buat usahawan wanita untuk melibatkan diri dalam sektor perdagangan dan perindustrian, serta meningkatkan ilmu dan kapasiti mereka dan keluarga bagi menyokong pembangunan ekonomi negara.

WITI akan dilaksanakan oleh para pegawai MITI di seluruh negara, di mana MITI akan menvediakan latihan serta sokongan kepada wanita yang berminat menceburi bidang perdagangan dan industri.

Inisiatif ini terbuka kepada pelbagai lapisan wanita termasuk usahawan, pemilik syarikat rintisan, pengusaha kecil dan sederhana, belia, dan golongan B40 serta M40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya