MClean Technologies umum penstrukturan semula lembaga pengarah baharu - Utusan Malaysia

MClean Technologies umum penstrukturan semula lembaga pengarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MClean Technologies Berhad (MClean Technologies) mengumumkan penstrukturan semula lembaga pengarahnya setelah pengambilalihan strategik oleh Accrelist Ltd. yang diselesaikan pada 2 Julai lalu.

Dalam pemaklumannya kepada Bursa Malaysia, MClean Technologies kini menjadi syarikat bersekutu Accrelist selepas pengambilalihan tersebut.

“Lembaga pengarah MClean Technologies telah disusun semula untuk menyelaraskan dengan arah strategik baharunya.

“Lembaga pengarah baru MClean Technologies terdiri daripada Datuk Dr. Terence Tea Yeok Kian sebagai Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, diikuti Yeo Hock Huat dan Lim Han Kiau pula sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas.

“Selain itu, Siti Haliza Md. Taib dilantik sebagai Pengarah Kanan Bukan Eksekutif Bebas serta Muhammad Radzi Embong dan Chuah Ai Wen sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.

Katanya, selain daripada peranannya sebagai Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean Technologies, Datuk Dr. Terence Tea juga merupakan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Jubilee Industries Holdings Ltd. dan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Accrelist.

“Sejak memegang kepimpinan di Accrelist, Datuk Dr. Terence Tea telah memacu pemulihan yang luar biasa, meremajakan portfolio Accrelist dan memposisikan syarikat sebagai pemimpin dalam sektor industrinya.

“Visi strategiknya telah mencetuskan inisiatif penstrukturan semula dan pertumbuhan yang signifikan, terutamanya dalam peralihan Accrelist menjadi entiti yang pelbagai dengan kepentingan besar dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti estetika perubatan dan pembuatan elektronik,” katanya.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean Technologies, Datuk Dr. Terence Tea Yeok Kian berkata, pihaknya sangat gembira dengan penyelesaian pelaburan mereka dalam MClean Technologies Berhad.

“Dengan lembaga pengarah baru, saya yakin MClean akan mencapai lebih banyak pencapaian penting dan mencipta nilai jangka panjang untuk para pemegang saham kami.

“Saya berharap untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan masa depan MClean Technologies, terutamanya prospek penyelesaian HDD Syarikat di Malaysia dan Thailand, di mana permintaan untuk perkhidmatan pembersihan ketepatan tinggi semakin meningkat pesat,” katanya.

Penyelarasan lembaga pengarah baru ini ditetapkan untuk memanfaatkan potensi sinergi antara MClean Technologies dan Jubilee Industries Holdings Ltd, anak syarikat Accrelist bertujuan meningkatkan pangkalan pelanggan dan mencipta peluang penjualan silang.

Semalam, harga saham MClean Technologies ditutup pada 38 sen pada jam 5 petang, mewakili permodalan pasaran sebanyak RM74.9 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya