Maxim Icon beli tanah RM95 juta di Subang Jaya - Utusan Malaysia

Maxim Icon beli tanah RM95 juta di Subang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maxim Global Berhad melalui anak syarikatnya, Maxim Icon Sdn. Bhd. (MISB) membeli tanah pegangan bebas seluas 2.352 hektar yang terletak di Subang Jaya, dekat sini pada harga RM95 juta.

MISB merupakan anak syarikat 70 peratus miliknya itu memasuki perjanjian jual beli (SPA) dengan Low Siew Ley dan Chin Hon Fah, sebagai pentadbir bersama mendiang Estet Low Teck Choon.

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, pemaju perumahan itu berkata, tanah berkenaan terletak berdekatan Jalan Subang 1 dalam Mukim Damansara.

“Harga pembelian tanah RM95 juta itu adalah berdasarkan nilai RM375.25 sekaki persegi,”

“Berdasarkan penilaian Knight Frank Sdn. Bhd., tanah tersebut dianggarkan bernilai RM96 juta. Lokasi tanah berkenaan cukup strategik di Subang USJ dan sesuai dibangunkan sebagai kawasan pembangunan komersial, katanya.

Jelasnya, cadangan pembelian tanah itu meningkatkan bank tanah Maxim Global di lokasi-lokasi strategik yang berpotensi dibangunkan.

“Kini, bank tanah mencecah 33 ekar di Lembah Klang dan Labuan. Pembiayaan pembelian tanah ini melibatkan pinjaman bank dan sumber dalaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya