Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar dunia - Utusan Malaysia

Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar dunia

MALAYSIA kekal pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2023. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2023, selepas Russia, Qatar, Australia dan Amerika Syarikat.

Menurut laporan tahunan ke-15 Laporan LNG Dunia 2024 yang dikeluarkan oleh Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU), jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 sebanyak 26.75 Juta tan metrik (MT) yang membentuk kira-kira tujuh peratus daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.

“Medan gas Kasawari di Malaysia dengan kapasiti karbon dioksida (CO2) sebanyak 3.7 juta tan setahun (MTPA) disenaraikan sebagai salah satu projek penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon berkaitan LNG.

“Secara global, Malaysia merupakan sebagai salah satu kapasiti pencecairan terbesar yang beroperasi pada 32 MTPA di antara 21 pasaran yang mengendalikan kemudahan eksport LNG,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa, Li Yalan berkata, banyak negara mencari jalan mencapai komitmen iklim mereka dan memastikan tenaga yang mampu milik, tersedia dan selamat, ketika dunia menuju ke arah masa depan yang mengamalkan pelepasan rendah.

“LNG ialah komoditi yang penting untuk menyediakan daya tahan yang lebih besar bagi sistem tenaga yang berubah dengan pantas di seluruh dunia dan mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko ketidakpastian yang wujud melalui proses itu,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA), Abdul Aziz Othman berkata, pihaknya mengiktiraf peranan penting LNG yang ditekankan dalam pelan hala tuju peralihan tenaga Malaysia.

“Kami menjangkakan permintaan gas meningkat darípada 43 peratus kepada 56 peratus menjelang 2050.

“Unjuran kenaikan ini menekankan perlunya untuk pemain industri LNG bersedia sepenuhnya bagi memenuhi jangkaan yang semakin meningkat.

Beliau berkata, MGA sangat menyokong aspirasi kerajaan untuk pasaran gas yang diliberalisasi sepenuhnya, termasuk sektor tenaga.

“Kami percaya langkah sedemikian akan meningkatkan keselamatan bekalan tenaga dan memupuk persekitaran pasaran yang lebih cekap yang akhirnya memberi manfaat kepada pengguna Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya