Malakoff, Alam Flora diiktiraf syarikat terbaik - Utusan Malaysia

Malakoff, Alam Flora diiktiraf syarikat terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), peneraju penjanaan tenaga global dan pakar kelestarian alam, memenangi anugerah Syarikat Terbaik (Penjanaan Tenaga) untuk Penjagaan Komuniti dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2024.

Dalam majlis sama, anak syarikat Malakoff, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), turut memenangi anugerah Syarikat Terbaik (Pengurusan Sisa) bagi Pengurusan Sisa Pepejal Lestari.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, syarikat menekankan kepentingan pembangunan komuniti dan pemuliharaan alam sekitar.

Beliau menegaskan, usaha ini penting bagi inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Malakoff, bertujuan untuk memastikan keterangkuman dan penjagaan alam sekitar.

“Tahun lalu, Malakoff telah mencapai beberapa pencapaian yang membanggakan. Kami telah menganjurkan program di Lumut, Perak iaitu pemuliharaan penyu ‘Kenali Penyu, Sayangi Penyu’ buat kali ketujuh, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan meningkatkan populasi penyu.

“Selain itu, Malakoff mengetuai pembersihan pantai di Pulau Tinggi, Johor, untuk pemuliharaan marin dan menggalakkan penggunaan beg guna semula berbanding penggunaan plastik sekali guna.

“Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Nasional, kami telah menanam sejumlah 2,000 batang pokok bakau di sepanjang jambatan Sungai Pulai Mukim Sungai Karang di Pontian, Johor untuk menggalakkan pemuliharaan alam sekitar dan menggalakkan penanaman pokok dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kepada Ketua Komunikasi dan Penjenamaan Kumpulan Malakoff, Suriati Mohammad Mokhtar, manakala Ahli Lembaga Pengarah Alam Flora, Nazersham Mansor mewakili Alam Flora.

Menurut Anwar Syahrin, pihaknya mengadakan program ‘Jom Ke Sekolah Bersama Mukim Serkat’ di Pontian, bagi menangani isu pendidikan dan kehidupan masyarakat sejagat.

“Sama seperti di Alam Flora, kami mengekalkan komitmen untuk mempromosikan kitar semula dan pengurusan sisa buangan dengan betul melalui beberapa inisiatif. Kami mendidik lebih 11,000 pelawat melalui lawatan ke Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) sejak pembukaannya pada 2020,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya