Malacca Securities lancar aplikasi dagangan M+ Global - Utusan Malaysia

Malacca Securities lancar aplikasi dagangan M+ Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malacca Securities, sebuah syarikat pembrokeran saham tempatan terkemuka melancarkan langganan eIPO Bursa menerusi aplikasi dagangan sehentinya, M+ Global.

Melalui M+ Global, rakyat Malaysia kini boleh berdagang di pasaran saham Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan Hong Kong dengan mudah.

Menerusi ciri menarik baharu ini, pelabur kini boleh memohon saham terbitan awam atau tawaran awam permulaan (IPO) di pasaran Bursa secara langsung dan mudah, seiring dengan inisiatif berterusan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam perjalanan pelaburan mereka.

Pengarah Urusan Malacca Securities, Lim Chia Wei berkata, pihaknya teruja untuk menawarkan Langganan eIPO Bursa untuk memberikan pelabur akses yang lebih mudah kepada IPO Bursa.

“Berdasarkan prestasi sebelumnya, saham IPO di Malaysia telah menunjukkan keuntungan yang besar selepas penyenaraian, menunjukkan potensi perkembangan yang menggalakkan untuk pelabur.

“Sebelum ini, pelanggan agak ragu-ragu untuk berdagang kerana prosesnya yang rumit dan memakan masa. Melalui pelancaran ciri baharu ini, kami berharap dapat menyelesaikan isu ini dengan mempermudah proses, serta meningkatkan pengalaman pelaburan secara keseluruhan bagi pelabur Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

IPO melibatkan sesebuah syarikat swasta untuk menawarkan saham syarikatnya kepada orang awam buat kali pertama.

Proses ini membolehkan syarikat mendapat modal untuk pelbagai tujuan, termasuk pengembangan perniagaan, pembayaran hutang, penyelidikan dan pembangunan, serta pemerolehan syarikat.

Dahulunya, permohonan IPO merupakan satu proses rumit dan memakan masa, meskipun ia terbukti memberikan pulangan yang tinggi.

Dengan ciri langganan eIPO Bursa M+ Global, pedagang kini boleh melanggan IPO hanya dengan beberapa langkah mudah.

Sebagai tambahan bagi proses yang diperkemas ini, pedagang juga boleh menyelia langganan mereka dengan menerima data masa nyata bagi prestasi IPO dan trend pasaran, mendapat kemaskini peruntukan dan menguruskan pelaburan mereka dengan lancar.

Pada awal tahun ini, Melaka Securities mengumumkan penyepaduan aplikasi dagangan perintisnya, M+ Online dengan M+ Global untuk mencipta platform sehenti demi pengalaman dagangan yang bersepadu dan lebih lancar.

Pengenalan langganan eIPO Bursa ini mengikuti jejak langkah kejayaan ciri langganan IPO Hong Kong M+ Global yang dilancarkan pada September 2023.

Untuk melanggan IPO Bursa, muat turun aplikasi M+ Global di https://mplusonline.com/download-global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya