KWSP perkukuh pelaburan mampan dengan polisi pengawasan baharu - Utusan Malaysia

KWSP perkukuh pelaburan mampan dengan polisi pengawasan baharu

kwsp
KWSP catat pendapatan boleh agih lebih tinggi pada separuh pertama 2024. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerbitkan Polisi Pengawasan Pelaburan Mampan KWSP, menjadikannya pelabur institusi pertama di Malaysia yang menerbitkan polisi pengawasan kendiri untuk pelaburan mampan.

Polisi itu menetapkan proses dan garis panduan yang dipatuhi oleh kumpulan untuk menggalakkan amalan kemampanan yang baik dalam kalangan syarikat penerima pelaburan dan pengurus dana luaran.

Langkah pengawasan ini mengukuhkan komitmen KWSP dalam membantu membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dengan memberikan nilai mampan jangka panjang.

Ia sejajar dengan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mentakrifkan pengawasan sebagai pelabur institusi yang menggunakan pengaruh mereka untuk memaksimumkan nilai jangka panjang keseluruhan, merangkumi aset ekonomi, sosial dan alam sekitar yang penting untuk pulangan dan kepentingan pelanggan dan benefisiari.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya percaya pelaburan mampan adalah asas kepada mencipta nilai jangka panjang buat Malaysia.

Jelas beliau, sebagai pelabur institusi yang bertanggungjawab, pihaknya komited untuk menerajui prinsip ini dengan mempromosi dan menanamkan amalan perniagaan yang baik secara sistematik yang menerapkan faktor Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke dalam semua keputusan pelaburan.

“Komitmen pengawasan ini mempercepatkan progres KWSP ke arah mencapai portfolio patuh ESG sepenuhnya menjelang 2030 dan portfolio neutral iklim menjelang 2050.

“Kami menyasarkan untuk memperkasa syarikat penerima pelaburan dan pengurus dana luaran kami untuk menjana impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar, menumpukan keperluan semua pihak berkepentingan di samping memaksimumkan pulangan risiko terlaras peringkat portfolio,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai pelabur institusi terbesar di Malaysia, KWSP mengambil peranan kepimpinan untuk mempengaruhi pelaksanaan amalan kemampanan yang baik dalam pasaran modal di Malaysia, sama ada secara individu atau kolaboratif melalui platform seperti Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC).

Susulan itu, pembangunan Polisi Pengawasan Pelaburan Mampan KWSP telah mengambil kira prinsip yang digariskan dalam kod pengawasan tempatan dan global seperti Kod Malaysia bagi Pelabur Institusi (MCII) dan Prinsip Pengawasan Global Rangkaian Tadbir Urus Korporat Antarabangsa (ICGN).

Tambahan pula, Polisi ini bergantung kepada dan dipandu oleh polisi dan proses berkaitan ESG KWSP, khususnya Prinsip Tadbir Urus Korporat dan Garis Panduan Pengundian KWSP dan Polisi Pelaburan Mampan KWSP.

Pada 2010, KWSP menjadi pelabur institusi pertama di Malaysia yang melancarkan Prinsip Tadbir Urus Korporat dan Garis Panduan Pengundian untuk memaklumkan kepada orang ramai, pelabur dan syarikat mengenai garis panduan pengundian KWSP.

Selepas itu, pada Mac 2022, KWSP melancarkan Polisi Pelaburan Mampan, Polisi Isu Keutamaan dan Polisi Sektor Keutamaan untuk membimbing KWSP dalam membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum dan holistik dengan mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam proses pengurusan pelaburannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya