Kerjaya Prospek raih kontrak baharu secara konsisten - Utusan Malaysia

Kerjaya Prospek raih kontrak baharu secara konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjaya Prospek Group Bhd. memperoleh kontrak baharu secara konsisten pada 2024, walaupun kekurangan projek baharu dalam segmen industri yang mungkin boleh menjadi penilaian semula kepada kumpulan itu.

RHB Investment berkata, buku pesanan tertunggak kumpulan itu berada kira-kira RM4.1 bilion, dengan RM980 juta dalam kontrak baharu diperoleh sehingga kini.

Menurutnya, hal ini, merangkumi 65 peratus daripada sasaran penambahan semula 2024 kumpulan itu sebanyak RM1.5 bilion.

“Sebahagian besar buku pesanan itu dikaitkan dengan projek Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP2).

“Kumpulan itu juga mencapai kemajuan yang ketara di kawasan Batu Kawan dengan memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM1.3 bilion daripada Aspen Holdings (ASPEN),” katanya dalam nota penyelidikan.

Katanya, kerjasama Kerjaya Prospek dengan ASPEN berpotensi memberi manfaat pertumbuhan di Batu Kawan.

Selain itu, katanya, penglibatan kumpulan itu dalam dalam pembangunan Elmina West dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.5 bilion, memberikan satu lagi peluang positif.

RHB Investment melaraskan penilaian harga sasaran bagi kumpulan itu dengan menetapkan nisbah harga kepada pendapatan sasaran lebih tinggi sebanyak 17 kali untuk segmen pembinaannya.

Pelarasan itu mencerminkan peningkatan keyakinan terhadap prospek industri syarikat, disokong oleh kemenangan kontrak baru-baru ini dan inisiatif strategik yang membolehkan peningkatan keuntungan.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran 25 peratus lebih tinggi kepada RM2.45 sesaham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya