Kerajaan gesa pemain industri antarabangsa iktiraf MSPO - Utusan Malaysia

Kerajaan gesa pemain industri antarabangsa iktiraf MSPO

CHAN FOONG HIN (tengah) merasmikan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia 2024 (MIFB 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa pemain industri antarabangsa mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) khususnya kepada tiga pasaran utama minyak sawit dunia iaitu India, China dan Kesatuan Eropah.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, usaha yang berterusan daripada pihak kerajaan diperlukan untuk memastikan kemampanan industri minyak sawit negara.

“Saya baru pulang dari China baru-baru ini dan berkesempatan bertemu dengan Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China yang menyebut tentang MSPO. Ini bagi menangani sebarang persepsi negatif terhadap minyak kelapa sawit.

“Saya menggalakkan China untuk mengiktiraf MSPO sebagai salah satu kriteria untuk pembiayaan hijau dan mereka lebih cenderung untuk memproses sawit, manakala India pula cenderung untuk membeli lebih banyak minyak sawit mentah, selain pasaran Eropah sangat khusus pada kemampanan.

“Jadi, saya berharap perancangan kami dapat meyakinkan lebih ramai orang untuk mempercayai MSPO,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia 2024 (MIFB 2024) di sini semalam.

Menurut beliau, pada masa ini, pensijilan MSPO meliputi 95 peratus daripada rantaian industri minyak sawit, memastikan Malaysia mendahului contoh dalam amalan pertanian yang bertanggungjawab.

Mengulas mengenai MIFB, beliau berkata, pameran pada tahun ini telah berkembang dengan lebih 350 pameran meliputi produk dan perkhidmatan terkini dalam teknologi makanan, pemprosesan atau mesin dan penjenamaan persendirian.

Jelasnya, kebanyakan pameran tersebut berkaitan dengan perkhidmatan makanan dan katering, pengeluar, industri perhotelan dan pelancongan, pengeksport, pengedar borong dan pengedar.

“Kami menyasarkan lebih 80,000 pengunjung perdagangan dari lebih 80 negara peserta, mewakili pasaran antarabangsa utama seperti China, India, rantau Asean, Kesatuan Eropah, Korea Selatan, Turki, dan Kemboja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan Constellar Exhibitions Malaysia Sdn. Bhd., Chua Wee Phong berkata, MIFB 2024 dijangka bakal menjana perjanjian perdagangan lebih RM100 juta bagi pameran yang berlangsung selama tiga hari sehingga 19 Julai ini.

“Keyakinan itu bagi memastikan dapat mewujudkan peluang yang lebih besar untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua wilayah dan menjadi pemangkin untuk memudahkan pertumbuhan perniagaan dan pertukaran pengetahuan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya