Jualan pelabur asing dalam ekuiti tempatan RM358 juta - Utusan Malaysia

Jualan pelabur asing dalam ekuiti tempatan RM358 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia, menandakan pembelian bersih minggu kedua berturut-turut dengan nilai RM354.9 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Menerusi laporan aliran dana mingguan, bank pelaburan itu berkata, peruncit tempatan juga mengekalkan aliran belian bersih bagi minggu kedua berturut-turut, bernilai RM2.7 juta.

Sebaliknya, dana asing terus menjual di Bursa Malaysia bagi minggu kedua berturut-turut, dengan aliran keluar bernilai RM357.7 juta.

“Mereka merekodkan aliran keluar bersih RM164.3 juta pada Isnin, RM76.3 juta pada Selasa dan RM265.7 juta pada Khamis,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

MIDF Investment Bank berkata, sektor-sektor yang mencatat aliran masuk bersih asing tertinggi minggu lalu adalah produk dan perkhidmatan industri (RM104.4 juta), teknologi (RM67.6 juta), dan hartanah (RM34.7 juta).

“Sektor yang mencatat aliran keluar bersih asing tertinggi adalah perkhidmatan kewangan (-RM206.9 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (-RM131.4 juta), dan pembinaan (-RM110.1 juta),” katanya.

Dalam pada itu, MIDF Investment Bank berkata, pelabur asing membeli bersih RM18.0 juta pada Rabu dan RM130.7 juta pada Jumaat.

Sektor yang merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi minggu lepas ialah produk dan perkhidmatan perindustrian (RM104.4 juta), teknologi (RM67.6 juta) dan hartanah (RM34.7 juta).

“Dari segi penyertaan, jumlah dagangan harian purata mengalami penurunan dalam semua kelas pelabur minggu lepas.

“Pelabur asing mencatatkan penurunan terbesar sebanyak 34.4 peratus, manakala peruncit tempatan dan institusi tempatan masing-masing mencatatkan penurunan 19.5 peratus dan 15.1 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya