Iskandar Investment lancar Tech Medini untuk memangkin sektor digital di JS-SEZ - Utusan Malaysia

Iskandar Investment lancar Tech Medini untuk memangkin sektor digital di JS-SEZ

IDZHAM Mohd Hashim (tengah) bersama dengan rakan kongsi ekosistem utama untuk Medini Nexus Platform.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Iskandar Investment Berhad (IIB) melancarkan Tech Medini, satu inisiatif penting yang menandakan lonjakan ketara dalam mengukuhkan kedudukan Medini sebagai hab digital dan inovasi terulung Johor.

Tech Medini, zon pembangunan berkelompok berkeluasan 64.75 hektar, disediakan untuk menjadi hab teknologi di mana pemain ekosistem berkembang maju dalam membangunkan teknologi baru muncul bersama inovator sehaluan dari pelbagai bidang.

Ini seperti kecerdasan buatan (AI), dron autonomi, robotik, keselamatan siber, kejuruteraan bio, pengkomputeran kuantum, realiti imersif, teknologi angkasa dan banyak lagi.

Inisiatif ini sejajar dengan sasaran Iskandar Investment Berhad untuk memacu pelaburan sejumlah RM9 bilion dan menyediakan 65,000 pekerjaan di sekitar Medini, menyumbang kepada evolusi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di era Industri 4.0.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Idzham Mohd Hashim berkata: dengan fokus strategik untuk menyokong rangka kerja Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Tech Medini menyasarkan untuk meletakkan Medini sebagai destinasi utama bagi pelabur.

Katanya, Tech Meini menawarkan persekitaran perniagaan yang cekap kos di rantau ini.

“Memanfaatkan teknologi baru muncul dan memupuk kerjasama kreatif, Tech Medini berusaha untuk memperkasa perniagaan dalam menerima pakai inovasi baharu serta mempercepatkan digitalisasi untuk memacu pertumbuhan mampan di rantau ini.

“Ini kemudiannya menyemarakkan strategi pengukuhan semula yang telah kami bina untuk Medini, menarik perniagaan berteknologi tinggi dan bakat berkemahiran yang akhirnya menyumbang kepada metropolis yang mampan dan berkembang maju,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dibangunkan atas kejayaan inisiatif sedia ada seperti Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) Iskandar@Medini, Zon Dron dan Robotik (DRZ) Iskandar dan Blockchain Village@Medini (BV@M), Tech Medini berfungsi sebagai nukleus yang direka untuk memperkasa pemula dan merancakkan mereka ke arah pertumbuhan dan kejayaan.

Jelasnya, Tech Medini menawarkan rangkaian program pembangunan pertumbuhan serta perkhidmatan sokongan dengan pengumuman Medini Nexus dan Medini Soft Landing Programme.

“Medini Nexus merupakan sebuah platform yang menyediakan komuniti pemula satu ruang untuk merangka, menyegera dan mengesahkan idea mereka.

“Ia memberikan akses kepada ruang kerja bersama tersedia, bimbingan oleh usahawan berpengalaman, program keusahawanan dan persekitaran tapak ujian.

“Platform ini memudahkan pemula untuk membina tapak yang kukuh untuk berjaya, memupuk kreativiti dan inovasi ke arah membentuk perniagaan yang mampan pada masa hadapan,” ujarnya.

Memahami cabaran-cabaran yang dihadapi pemula antarabangsa, The Medini Soft Landing Programme membantu memudahkan syarikat antarabangsa untuk membuka perniagaan mereka di Medini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya