PETALING JAYA: Indeks pengeluaran perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun pada Mei 2024 didorong oleh pertumbuhan output yang stabil dalam sektor pembuatan, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, berkata, peningkatan tersebut dipacu terutamanya oleh sektor pembuatan yang bertumbuh 4.6 peratus berbanding 4.9 peratus pada April dan pengembangan 4.2 peratus dalam output elektrik (April 2024: 7.8 peratus). “Pertumbuhan stabil dalam output sektor pembuatan disokong peningkatan dalam industri berorientasikan eksport yang meningkat sebanyak 3.7 peratus berbanding 2.6 peratus yang direkodkan pada April…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya