Hasmi Hasnan letak jawatan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Perdana Petroleum - Utusan Malaysia

Hasmi Hasnan letak jawatan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Perdana Petroleum

HASMI HASNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Petroleum Berhad (Perdana Petroleum) mengumumkan peletakan jawatan Datuk Hasmi Hasnan daripada Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan, keputusan pengunduran itu didorong oleh keperluannya untuk memberi tumpuan kepada peranannya sebagai Pengerusi Eksekutif dalam Lembaga Pengarah Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang).

“Beliau akan menumpukan perhatian kepada inisiatif strategik teras Dayang dalam tempoh peningkatan aktiviti dalam industri minyak dan gas ini.

“Semasa memegang jawatan sebagai ahli lembaga Perdana Petroleum, beliau telah memainkan peranan penting dalam membimbing syarikat melalui pelbagai inisiatif strategik, menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaannya.

“Kepimpinan dan kepakaran beliau telah menjadi aset yang tidak ternilai kepada syarikat,” katanya.

Pengarah Urusan Perdana Petroleum, Jamalludin Obeng berkata, Pengarah Lembaga Pengarah Perdana Petroleum merakamkan penghargaan mereka atas sumbangan beliau dan berharap bimbingannya yang tidak ternilai akan membawa kedua-dua Dayang dan Perdana Petroleum ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami berterima kasih atas dedikasi dan khidmat Datuk Hasmi Hasnan kepada Perdana Petroleum.

“Wawasan dan kepimpinan beliau telah memainkan peranan penting dalam pencapaian kami dan kami menyokong penuh keputusan beliau untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya di Dayang.

“Perdana Petroleum komited untuk mencapai kejayaan berterusan dalam segmen kapal sokongan luar pesisir (OSV) dalam industri minyak dan gas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya