Harga minyak sawit tidak kompetitif jika WPL tidak disemak semula - Utusan Malaysia

Harga minyak sawit tidak kompetitif jika WPL tidak disemak semula

JOHARI Ghani ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Harga minyak sawit akan menjadi tidak kompetitif berbanding negara-negara pengeluar lain sekiranya levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini tidak disemak semula.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya akan meneliti dan menyemak semula WPL seterusnya keputusan akan dihantar kepada Kementerian Kewangan (MOF).

“Kita beri MOF teliti perkara itu terlebih dahulu. Perkara ini juga secara tidak langsung boleh menggalakkan penanaman semula apabila produk ini menjadi kompetitif, justeru lebih ramai akan datang dan melabur pada tanah yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan MPOB TECH sebagai cap dagangan berdaftar untuk memperkasa teknologi MPOB yang dikomersialkan.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, Johari berkata, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi semakan semula WPL ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.

“Dulu (sebelum ini) kos mengeluarkan satu tan metrik minyak sawit lebih kurang RM1,800 tetapi sekarang boleh mencecah RM2,800 hingga RM3,200, bergantung pada saiznya.

“Kos yang kita gunakan pada RM1,800 mungkin sesuai guna WPL, tapi sekarang tidak lagi apabila dagangan pasaran kira-kira RM3,800 hingga RM3,900 dengan kos melebih RM3,000,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya